Monday 17 December 2012

MY CONVOCATION

Assalamualaikum.....


                     
                         extinct over time new post updates ....ini kerana PUTERA AHMAD sibuk dengan STUDY...lagi-lagi jarang balik kampung lagipun kat san tak ada lap top....tak usah dipanjangkan cerita disini ingin abang putera nak bagi tengok gambar kenangan time convocation PUTERA AHMAD...






BUKAN MAIN LAGI POSING



ME



   ME AND MY SISTER










Monday 10 December 2012

KENANGAN DI ILP SELANDAR

assalamualaikum......

       hai sweet boy and girl....rindu rasanya kat blog ni dah lama tak update.......mesti korang semua tertanya-tanya manakah menghilangnya putera ahmad ni kan....sebenarnya putera ahmad sambung belajar dah tak ada masa nak update kat blog ni....tapi hari ni ingain saya berkongsi kenangan di ILP SELANDAR dulu...yang mana banyak kenaangan yang terindah.....tanpa membuang masa ini sebahagian daripada gambar enangan yang sempat diambil semasa belajar dahulu.....


     

Gambar ini diambil ketika aku duk kat tangga nak pergi ke lab aku.....







Ini gamabr budak kelas aku....kecuali seorang je tak ada kerana menjadi juru foto cian dia....sabar jelah chong.....

Sunday 24 June 2012

HUBUNGAN PERSAHABATAN YANG KEKAL SELAMANYA.....




              
ASSALAMUALAIKUM.............


KHAS BUAT SAHABATKU SEMUA........................



Persahabatan bagi saya adalah suatu anugerah terindah yang pernah di berikan oleh Tuhan dalam menjalin sebuah pertemanan dengan sesama manusia, dan puisi adalah sebuah ekspresi dari kita melalui kata-kata yang di rangkai menjadi sebuah karya sastra yang ada dalam fikiran kita, mungkin kita tidak tahu bagaiman atau lewat media apa untuk menuangkan sebuah curhatan tentang sahabat dan salah satunya yaitu melalui media sastra yakni puisi, dan maka dari ini Blog Loker Seni akan Share Kumpulan Puisi Tentang Persahabat Terbaru atau Kumpulan Puisi Untuk Sahabat Terbaru yang berada dekat dengan anda, silahkan untuk mencopy paste Puisi dibawah ini apabila bermanfaat untuk anda.





PERSAHABATAN PUISI AMAL





sahabat bagaikn tempatku berteduh..bila diriku terkena air mata dalam kesedihanku,disanalah diriku bisa berbagi dalam hidupku, yang tak pernah aku dapatkan d’tempat lain…hanya sahabatlah yang mampu mengerti dan pahami,apa yang sedang aku alami saat ni..


tanpa sahabat..bagai jiwa yang terlepas dari ragaku..membuat ragaku tak mampu bergerak dalam setiap langkahku..persahabatan ini kan abadi..meski d’dunia ni tak kan ada yang abadi..KETIKA SAHABAT MENJADI CINTA


Puisi Nurul Laili
Kebahagian sebuah pertemnan kini
telah berubah menjadi keindahan sebuah kisah cinta. .
yang dulunya bertengkar sekarang menjadi damai akan hadirnya Cinta
dan pernah ada yang menyangka bahwa
Sebuah pertemanan bisa menjadi sebuah percintaan. . .
Dan mungkin semua orang tau,
Bahwa cinta itu berawal dari sebuah pertemanan. .
keindahan sebuah persahabatan lebih indah jika di tambah dengan

 sebuah kisah Cinta antara dua makhluk..

yang saling mengkasihi. . .
SAHABAT ITU.....



Puisi Psycho
Selalu hadir dalam kehidupan kitaBaik itu senang atau susahTak perlu berkata ia pasti mendengarSemua cerita akan tercampur dengan bumbu kisahnyaMenegur kala kita salah mengambil langkahMenyokong kala kita mengangkat satu keputusanBertanggung jawab walau tak ikut menyebabkanMeniupkan hawa kedamaian kala kita terbalut dalam emosi
Dan…Selalu seperti itu hingga takdir memisahkan



TENTANG AKU & KAMU, KAWAN

Kawan,
Taukah kamu berapa lama masa yang kita lewati bersama??
Aku tak ingin tau,
Karna kamu selamanya bagiku.....
Bersamamu,
Tangisku kan terurai menjadi tawa
Dukaku kan terpecah menjadi bahagia
Dan airmata yang terlanjur jatuh....
Takan berubah menjadi nestapa
Denganmu,kepenatanku tergilas sirna
Terkadang disatu waktu,
Prasangka pernah menjauhkanmu dariku
Tapi sungguh kawan,
Amarah takkan bisa bertahan lama dikalbuku
Kusadari aku terikat jauh kedalam hatimu
Ingatkah kawan,
Kita pernah duduk bersama
Melukis langit dengan impian
Tentang aku , kamu dan kehidupan......



BINTANG UNTUK SAHABAT

Malam nan suci dan sepi,menarikku untuk keluar dari rumah.Kupandangi Langit malam...Ternyata bertaburkan Bintang yang tak terhitung jumlahnya.
Andaikan ku seorang Bidadari,Kan kubawa diriku dan sahabatku untuk menari diatas sana.
Kuraih sebuah Bintang terindah,dan kupersembahkan untuk sahabatku yang selalu menemaniku.

MENANGISLAH SOBAT..
Tak bisa ungkap dengan kata apapun
Ini memang sangat membosankan
Ini begitu melelahkan
Bahkan, ini sangat menjengkelkan
Tubuh seakan beku dalam bongkahan es
Membeku tidak tahu kapan akan mencair
Yaa… itu benar sobat
Itu semua seperti sorot lampu panggung tanpa penonton
Menerangi tubuh di dalam kegelapan
Terdiam bisu tanpa senyum dan air mata
Ini sangat menyedihkan..
Namun.. ingatlah sobat..
Kau tidak sendiri
Kau tidak berdiri sendiri di kegelapan itu
Teteskanlah air matamu jika hatimu merasa terisak
Berteriaklah sepuasmu jika hatimu memanas
Karena itu lebih baik ku lihat
Dari pada kau terdiam kaku di bawah sorot lampu itu
Bagai seorang tokoh tanpa dialog.
BAHASA LANGITPuisi Hanifah Nadya Kartika
Gumpalan awan di langit biruBercerita kisah kitaSaat deras hujan bagai air mataDan cerah mentari jadi wajah kita
Warna pelangi di langit biruHanya jadi saksi bisuSaksi kisah perjalananku denganmuSaat perbedaan jadi keindahan
Langit pun berbahasaDan bersenandung riaLantunkan lagu rindu antara engkau dan akuOh Sahabat…
Langit pun berbahasaTanda bersuka citaSambut esok dimana kita kan slalu bersamaSelamanya…
Dan dengarlah, dengarlah slaluItulah semua tentang kita, cerita bahasa langit…



SAHABAT TERBAIKKU

Sahabat ...
di saat kita nikmati kebersamaan banyak hal yang terlewat kan begitu saja
keceriaan, canda dan tawa semuanya mengalir begitu saja
waktu yang tersisah seolah tak mampu menampung nya dan waktu yang sangatlah singkat membuat ku teringat kepada mu sahabat ..
Semua kenangan - kenangan itu tak terasa ,pergi meninggalkan segala kegembiraan
serta canda dan tawa mu satu persatu hilang sekejap mata
ada beribu senyum saat terlintas memory yang dulu kala
Sahabat ...
semua yang pernah kita jalani hari demi hari , waktu demi waktu telah kita lalui semuanya.
Banyak hal yg pernah terjadi karena itulah jalan hidup yang kita miliki
kadang benci, kesal ,dan kecewa serta rasa senang dan sayang
sungguh luar biasa , apa yang telah kita lalui bersama ..
Ya Tuhan ...
jagalah dan lindungilah
sahabat-sahabat ku
karena mereka adalah sahabat terbaiku selamanya.

# MY BEST FRIEND FOREVER

Thursday 21 June 2012

Maafkan Aku Mencintai Dirimu




ASSALAMUALAIKUM.......




         HAI SEMUA SETELAH LAMA MENYEPI HARI NI INGIN ABANG PUTERA AHMAD BERKONGSI SATU CERITA YANG SANGAT MENYENTUH HATI SEORANG WANITA....OK MALAS ABANG NAK BERCERITA LAGI SO BACALAH SENDIRI OK...BACA DAN FAHAMI CERITA INI DENGAN SEPENUH HATI ANDA SEMUA....




Maafkan Aku Kerana Mencintaimu
“Oi!!” Fariz menjerit dari kejauhan. Intan berpaling ke belakang. Dilihatnya kelibat Fariz berlari sambil melambai-lambai ke arahnya. Dia senyum. Senang dengan kehadiran lelaki itu.

“Apa hal ni? Terjerit-jerit. Buat malu kat orang je.” Intan mengomel, cuba menyembunyikan perasaan gembiranya.


“Kau ni kan. Aku punyalah penat baru balik dari UK ni. Gila punya semangat lari ke sini nak jumpa kau, kau boleh cakap macam tu pulak. Kecik hati aku tau.” Fariz memuncungkan mulutnya.


Intan tergelak kecil. “UK lah sangat! UKM adalah!” Intan sambung ketawa lagi.


“UK jugak tu. Huh!” Dia buat muka berlagak. Intan buat tak nampak je. Dia memandang jauh ke tengah pantai. Memang cantik betul pantai ni bila waktu petang. Ini port kegemaran mereka berdua. Intan dan Fariz berkawan baik sejak kecil. Mereka berdua berjiran. Dari kecil sampaila ke besar, mereka berdua sentiasa bersama. Ke sekolah bersama, bermain bersama, pergi belajar mengaji bersama, semuanya bersama. Tapi bila dah tiba masa masuk universiti, Intan dapat tawaran ke UUM, manakala Fariz ke UKM. Inilah kali pertama mereka berpisah. Namun, jarak jauh sedikitpun tidak mencalar keakraban mereka. Intan dan Fariz tetap berkawan rapat seperti dulu. Mereka berdua seolah-olah seperti sebuah bulatan yang sangat seimbang, yang tiada siapa pun boleh ikut masuk dalam bulatan itu. Hanya mereka berdua sahaja. Dan Intan sangat senang begitu.


“Aku bawak kawan.” Fariz bersuara perlahan.


“Apa?” Intan tersedar dari lamunan.


“Berangan pulak kau ni. Aku kata, aku bawak kawan. K.A.W.A.N.” Serius betul muka dia masa mengeja kawan tu. Intan gelak. Namun gelak Intan terhenti bila melihat Fariz tiba-tiba tersipu-sipu malu.


“Perempuan ke?” Intan bertanya. Walaupun dia tahu kemungkinan besar jawapannya adalah YA.


Fariz mengangguk. Intan tarik nafas panjang. Cuba menenangkan perasaan yang mula bergelodak dalam hatinya.


“Kawan ke? Entah-entah awek.” Intan buat selamba walaupun tekaknya terasa perit nak menyebut perkataan “Awek” tu.


“Bingo! Haha.. Betulla tu! Tapi bukan rasmi lagila.. Tak declare pun lagi. Aku bawak dia sebab nak tunjuk kat kau dulu. Kau kenala tengok bakal bini aku ni ok ke tak kan. Kau kan bestfriend aku.” Fariz senyum nakal.


Intan mengangguk-angguk perlahan. Dia cuba senyum walaupun terasa pahit. ‘Lupakanlah Intan! Dia tak suka kau macam kau suka dia! Jangan perasan!’ Hati Intan bersuara.


Intan berdehem membetulkan suara yang bergetar sama seperti hatinya sekarang ni. “Dah tu, yang kau datang sini apesal? Pergilah teman dia. Nanti apa pula kata dia.”


Fariz senyum manis, senyum ada makna tu. “Aku nak minta tolong.”


Intan senyum sinis. Faham sangat dah perangai kawan dia sorang ni. “Aku dah agak dah! Apa dia?”


“Aku nak minta tolong. Dia kan perempuan. Takkan nak tinggal rumah aku. Tinggal aku ngan ayah aku je. Tak elokla kan. Kau kan tau Mak aku pergi Tronoh, kakak aku bersalin. Tak lama pun, 4 hari je. Lepas tu dia balik kampung dia pulak. Tolong ek? Tolonglaaa..”


Intan jadi lemah bila dia buat suara manja macam tu. Dia akur je. Orang dah minta tolong, takkan nak tolak pula kan.


********


Baru dua hari, Intan dah makan hati. Fariz asyik datang rumah dia cari awek dia si Alia tu je. Ajak breakfast la, pergi jalan-jalan kat pantai la, pergi pekan la. Dulu, Intan je yang selalu ajak Fariz ke sana ke sini. Fariz kata dia kenal Alia masa jadi fasilitator masa Minggu Orientasi. Alia ni junior dia. Alia memang lain sangat dengan Intan. Lembut, sopan, ayu. Pendek kata semua ciri wanita Melayu terakhir ada pada dialah. Intan ni? Kasar, lasak, ganas, semua ciri-ciri tomboy ada pada dia. Macam langit dengan bumi! Hmm.. jangan harapla dia nak suka kat kau, Intan. Intan mengeluh dalam hati. Yang dia boleh buat sekarang ni cuma jauhkan diri dari Fariz. Mana tau tu dapat bantu dia lupakan Fariz. Harap-harapla.. Tolong aku, ya Tuhan!


********


“Assalamualaikum, Intan!”


Intan dengar suara Fariz beri salam dari luar.


‘Apa lagi dia ni? Kan Alia dah balik kampung dia? Buat apa datang rumah aku lagi?’ Intan merungut dalam hati.


“Intan! Kan Fariz bagi salam tu! Kenapa tak pergi tengok?” Ibu Intan marah-marah.


“Mak cakap jela Intan pergi dating! Intan tak sihat ni.” Intan berdalih.


“Aik? Tadi makan bertambah, boleh tak sihat pulak. Macam-macam budak ni. Yelah, mak cakap kau dating dengan pakwe hensem ye? “ Ibu terkekeh-kekeh gelak. Ibu Intan ni memang sengal sikit. Orang ajak bergurau sikit mulalah dia nak tokok tambah sana sini.


Intan senyum je. Dia sambung baca komik ‘Detective Conan’. Tapi tak tahulah apa yang dibacanya. Terasa kosong je. Macam nilah dia kalau balik UUM. Rasa sunyi. Tapi bila Fariz ada, dia rasa sangat terisi. Tapi Fariz dah tak boleh teman dia lagi. Fariz dah ada teman istimewa. Fariz dah tak sama macam dulu. Fariz bukan kawan yang dulu yang boleh bersama dia setiap masa. Fariz bukan lagi kawan yang dia boleh bergantung harap bila-bila dia ada masalah. Kali ini Intan benar-benar terasa kehilangan. Perlahan-lahan air mata Intan mengalir. Tak lama kemudian dia terlelap. Dibuai mimpi indah bersama Fariz, yang tak mungkin akan kesampaian…


********


Dah seminggu Intan tak bertemu dengan Fariz. Selama seminggu itu bermacam-macam alasan yang Intan beri bila Fariz datang ke rumahnya untuk bertemu. Intan terpaksa sebab dia tak mahu menangis lagi. Cuti semester tinggal lagi 2 minggu. Tapi Intan tak sanggup lagi duduk lama kat kampung ni. Terasa lambat sangat masa berlalu. Esok dia nekad nak balik ke UUM. Biar dia jauh dari sini; tempat yang banyak menyimpan kenangannya dengan Fariz. Dia tekad mahu melupakan Fariz. Biar Fariz bahagia dengan Alia. Dia cuma mampu doakan kebahagiaan Fariz dari jauh.


Malam itu, Intan kemas-kemas barang nak balik ke UUM. Tengah kemas-kemas barang, ibunya masuk ke bilik. Intan senyum tawar lalu meneruskan kerjanya.


“Taulah frust bercinta pun, janganlah sampai nak bawak diri.” Ibu Intan bersuara. Intan pandang mak dia seminit dua. Dia bangun dan duduk di sebelah ibunya. Tanpa berkata apa-apa, dia terus memeluk ibunya. Air matanya mengalir laju. Intan terasa lemah sangat sekarang ni. Hanya ibunya yang dia ada sekarang ni.


“Sabarlah. Mungkin Fariz tu bukan jodoh Intan. Mak percaya, anak mak sorang ni akan dapat jodoh yang baik satu hari nanti. Mak doakan.” Ibu Intan mengusap-usap belakangnya. Intan terus-terusan menangis. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sebaik melihat nama yang terpampang di skrin, Intan terus beri telefon itu pada ibunya.


“Sampai bila Intan nak mengelak? Jawab jela. Kesian Fariz tu. Seminggu ni mak dok kelentong macam-macam kat dia sebab Intan tau? Takkan nak suruh mak kelentong lagi. Jawab je.”


Intan angguk perlahan. Dia kesat air mata, tekan punat di telefon dan pekap ke telinga.


“Hello, assalamualaikum.” Intan beri salam.


“Waalaikumussalam. Intan! Apsal suara kau serak semacam je ni? Demam ke? Aku datang sekarang!” Cemas betul dia. Apsal nak risaukan aku pulak? Intan naik menyampah walaupun dalam hati dia gembira bila Fariz risaukannya.


“Tak. Tak payah datang. Aku baru makan ubat ni. Mengantuk, nak tidur.” Intan menipu lagi. Entah berapa banyak kali dia buat dosa free ni.


“Betul ke.. Umm, sibuk betul kau sekarang ye. Seminggu dah kita tak jumpa. Rumah dekat-dekat pun susah nak jumpa. Kau tak rindu kat aku ke?” Suara Fariz merendah bila sebut perkataan ‘rindu’ tu. Macam sedih je. Sedih ke? Takkanlah!


Rindu! Intan menjerit tapi cuma dalam hati. Buat apa dia nak kata rindu pada teman lelaki orang lain? Gilalah kalau Intan buat macam tu.


“Umm, tak. Tak rindu pun. Haha..” Intan ketawa hambar. Dia dengar Fariz mengeluh. Kenapa?


“Yalah, orang tu dah ada pakwe kan. Hensem pulak tu. Mana nak ingat kat aku dah.”


Pakwe? Oh, yalah. Baru dia teringat dia minta ibunya beritahu Fariz macam tu. Intan cuma senyap je. Tak tau nak cakap apa.


“Umm… Kenapa senyap? Siapa pakwe kau tu? Aku kenal ke?”


“Kenal. Kenal sangat.” Intan bersuara.


“Siapa?” Laju je Fariz bertanya.


“Hmm… Dia kawan baik aku sejak kecil. Kawan susah senang aku. Dialah yang teman aku pergi balik sekolah, teman aku curi mangga dekat kebun Pak Dolah, teman aku pergi kelas mengaji sebab aku takut nak jalan sorang malam-malam. Dia yang tolong cover aku masa arwah abah marah aku curi mangga kat kebun. Habis berbirat belakang badan dia masa cuba lindung aku dari kena rotan dengan abah. Itupun dia masih pujuk aku yang menangis takut walaupun belakang badan dia sakit kena pukul. Tapi dia sikitpun tak mengeluh. Aku jahat ke, baik ke, dia sikit pun tak kisah. Dia tetap kawan dengan aku. Dia jugak yang tolong dukung aku balik masa aku jatuh kat papan gelongsor kat taman permainan masa kecik dulu. Walaupun aku ni berat, dia sikit pun tak merungut. Dia memang baik sangat dengan aku. Dia selalu ada untuk aku bila aku perlukan dia. Sebab tu aku suka sangat kat dia. Dia…”


“Kau cerita pasal aku ke?” Fariz potong cakap Intan. Intan macam tersedar dari lamunan bila dengar Fariz cakap macam tu. Dia pekup mulut. Ya Allah, aku dah terlepas cakap! Intan berdebar-debar. Apa dia dah buat ni?


“Err.. Emm.. Fariz, aku mengantuk. Nak tidur, bye.” Intan matikan panggilan dan terus matikan telefon bimbit. Dia dah cakap dia suka Fariz!! Aaaaa apa aku nak buat ni?!! Malu, maluuuu!! Intan pekup muka dengan selimut. Tapi sikitpun dia tak boleh tidur. Jantungnya rasa macam nak meletup sekarang ni. Biarlah, esok dia nak balik UUM dah. Lepas ni dia tak perlu jumpa Fariz lagi. Minta-minta Fariz lupakan je apa yang dia cakap tadi. Tapi mana mungkin dia lupa! Argghhh macam mana ni???


*********


Pagi itu Intan bersiap-siap nak ke stesen bas. Intan tarik bagasi ke teksi yang menunggu di depan rumah. Tiba-tiba terasa bagasinya semacam tersangkut sesuatu. Batulah ni! Orang nak cepat ni macam-macam hal pulak jadi. Intan yang tengah geram cuba tarik bagasinya sekuat hati. Tapi tersangkut juga. Dia paling ke belakang. Terkejut dilihatnya Fariz sedang memegang bagasinya. Muka Fariz nampak serius betul. Pertama kali Intan tengok muka Fariz macam tu.


“Kau nak pergi mana ni?” Fariz bersuara.


“Balik U la. Balik mana lagi.” Intan jawab endah tak endah.


“Tak cakap dengan aku pun.” Fariz mengeluh. “Intan… Kenapa off handset semalam. Risau aku tau.”


“Aku mengantuk. Kan aku dah kata semalam.” Intan tunduk. Sikit pun tak berani bertentang mata dengan Fariz.


“Umm.. Kau.. Kau suka aku ye? Kau suka aku kan?” Fariz bersuara. Intan senyap je. Dalam kepala dia sekarang ni tengah fikir nak balik UUM je.


“Intan… Janganlah macam ni. Cakaplah…”


Intan senyap.


“Intan…” Fariz bersuara lagi.


Intan tarik bagasi dari tangan Fariz dan terus berjalan ke teksi. Fariz halang Intan dari buka pintu teksi. Intan naik bengang dengan Fariz. Apa lagi ni?!


“Kau ni kenapa?! Kalau aku suka kau pun aku boleh buat apa?! Kau dah ada Alia kan? Aku tak nak jadi perempuan jahat semata-mata sebab aku suka kau. Tolonglah Fariz. Biar aku pergi…” Suara Intan mula merendah. Air matanya dah bergenang. Tunggu masa je nak mengalir.


“Aku dengan Alia tak ada apa-apa. Kan aku kata aku tak declare dengan dia pun lagi. Mula-mula memanglah aku rasa aku suka dia. Tapi bila keluar dengan dia hari tu aku rasa macam ada yang kurang. Rasa macam kosong sangat. Bila dengan kau, aku tak pernah rasa kosong macam tu. Bila mak kau kata kau ada pakwe, aku rasa cemburu sangat. Aku nak aku je lelaki yang ada dalam hidup kau. Masa kau sibuk, selalu takde bila aku cari, aku rasa kehilangan sangat-sangat. Masa tu baru aku sedar yang aku sebenarnya sukakan kau. Aku perlukan kau Intan. Aku tak pernah perlukan orang lain sebanyak aku perlukan kau. Jangan pergi ya?”<br />

Intan pandang tepat ke mata Fariz. Betul ke apa yang dia dengar ni? Air mata Intan mengalir. Makin lama makin laju. Tak berhenti-henti.

“Ehh.. Janganla menangis. Kau tak jadi balik kan? Jangan balik ya? Aku rindu…”


“Penat aku packing barang tau tak?” Intan gelak kecil. Dia kesat air matanya. Dia pandang tepat ke muka Fariz. “Dua minggu lagi start sem baru, kau nak mengorat junior lagi tak?”. Fariz senyum. Dia geleng-geleng kepala kemudian mereka tertawa serentak. Intan terasa sangat bahagia saat ini. Dia bersyukur Fariz masih lagi ada untuknya. Terima kasih Tuhan atas bahagia ini. Terima kasih!

Sunday 17 June 2012

TENTANG CINTA



3 Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda

Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda? 
Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan, dan 
mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub 
magnet yang sentiasa menjauhkan lelaki dari anda?
Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya 
pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari 
apakah punca dan sebab kenapa 
ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel 
kami kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi.
Kurang keyakinan diri
Mungkin ya anda kata anda cantik, tetapi adakah 
anda yakin yang diri anda cantik? Bagaimana kalau 
ada seorang lelaki kutuk kata, “Macam ni cakap cantik? 
Muka banyak jerawat ada la! Dah la gemuk!”. 
Adakah anda akan tetap cakap diri anda cantik jugak?
Jika anda kata, “Ya!”, bagus! 
Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. 
Tetapi jika anda cakap “Tidak!”, 
sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata 
“Ya!” dan yakin cakap diri anda cantik.
Sesetengah lelaki saje nak test adakah anda ini 
yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda 
cepat mengalah dan cepat down, mereka lagi
 suka mentertawakan anda. Mereka lagi suka mengejek 
dan memalukan diri anda.
Tetapi jika anda yakin pada diri sendiri, berkata 
“Ya!” walaupun dikutuk, mereka akan rasa tergugat.
 Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda.
 “Aku dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? 
Giler ke ape?”
Argh..jangan peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin
 pada diri anda sendiri. Abaikan je segala lalat, dan langau 
yang cuba melemahkan keyakinan diri anda.

Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku

Artikel Islam Cinta ini telah dikongsikan oleh 
La Di Da di Forum Tentang Cinta.
Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika,
 kamu ditemukan dengan seseorang yang 
benar-benar satu kepala denganmu, sehingga 
kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi
 kamu harus merasakan penderitaan yang 
teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis 
sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia 
mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika 
‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak 
akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua 
beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu 
berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, 
bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap 
merindukannya walaupun hampir setiap hari kau 
tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha 
untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu 
dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun
 kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan 
oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu,
 kerana Dia teramat menyayangimu?

Bila Kekasih Lama Datang Kembali, Apa Pendapat Anda?

Dulu, anda pernah berkenalan rapat dengan seseorang.
 Dia seorang kekasih yang baik, caring, dan pandai mengambil hati anda.
Tetapi disebabkan si dia ingin sambung study di oversea, 
perhubungan anda berdua terhenti di situ.
 Masing-masing membawa haluan sendiri. Dengan harapan, 
jika ada jodoh anda berdua akan berjumpa lagi.
Malangnya… Anda jenis yang tidak boleh keseorangan. Anda perlukan teman.
Selepas beberapa bulan, anda berkenalan pula dengan kekasih anda yang sekarang ini. 
Dia pun ok. Baik hati, peramah, dan juga pandai menjaga hati anda. 
Anda rasa happy dengannya.

5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta

Anda sebenarnya boleh menjadi seorang Pakar Cinta. Semua orang! Tidak ada yang terkecuali. Malah anda juga boleh menggantikan kami di Tentang Cinta!
Apa yang penting, anda perlu memahami lima tips utama ini untuk menjadi seorang yang pakar dalam percintaan.
pakar-cinta
1. Banyakkan membaca
Anda perlu banyak membaca. Baca sebanyak mungkin buku, artikel atau ebook berkenaan perhubungan dan percintaan. Dapatkan segala ilmu-ilmu yang perlu anda tahu dalam bab bercinta ini.
2. Mendengar masalah
Daripada masalah orang, anda akan belajar masalah-masalah yang sering dihadapi orang lain. Daripada situ anda akan dapat memahami corak masalah yang berlaku dalam percintaan dan anda akan dapat selesaikannya daripada ilmu yang anda peroleh dari hasil pembacaan anda tadi.
3. Pelajari daripada orang lain
Anda juga boleh ikuti seminar-seminar dalam membentuk perhubungan atau percintaan yang sering diadakan di sekeliling anda. Atau pun anda boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan anda dalam menyelesaikan masalah mereka dalam percintaan. Forum Tentang Cintamerupakan platform mudah untuk anda pelajari daripada orang lain.

Cara Memakai Tudung Yang Betul

Setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi yang lelaki, auratnya adalah dari pusat sehingga ke paras lutut. Bagi yang perempuan pula, auratnya adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.
Rasulullah S.A.W bersaba,
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)
Selain memakai pakaian yang sesuai, tudung adalah wajib dipakai orang perempuan bagi menutup aurat di kepala dan tubuh badan mereka. Walaupun ramai perempuan yang bertudung, tetapi tidak ramai yang memakai tudung dengan cara yang betul.

Rahsia Tarikh Lahir

Peringatan: Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat anda, itu hanyalah kebetulan.
Sudah lama kami tidak berkongsikan dengan anda artikel mengenai Personaliti Cinta. Jadi kali ini, kami ingin berkongsikan mengenai satu topik yang menarik di mana anda akan mengetahui rahsia tarikh kelahiran anda.
Tetapi sebelum itu, kami ingin menjemput anda membaca artikel tentang Rahsia Bulan Kelahiran. Di mana dalam artikel tersebut kami ada kongsikan sifat-sifat seseorang hanya berdasarkan dari bulan kelahiran sahaja. Ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.
Ok, so tanpa membuang masa jom kita sama-sama ikuti apakah pula maksud Rahsia Tarikh Lahir ini.
Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir anda. Daripada nombor itu, anda akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan anda.

Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita

Bagi anda yang wanita yang masih belum bertemu jodoh, dan ingin mendapatkan jodoh yang baik, seorang lelaki yang beriman, dan berakhlak soleh, amalkan doa bertemu jodoh di bawah ini.
doa-bertemu-jodoh-untuk-wanita
Terjemahan Doa Bertemu Jodoh:
“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”
Mudah-mudahan doa yang dibaca ini akan dimakbulkan Allah s.w.t dan dipertemukan jodohnya untuk anda. Amin…
Doa Bertemu Jodoh ini dipetik dari laman web, Darussyifa’.

Gio – Bila Cinta

poster-lagenda-budak-setan
Siapa yang masih ingat lagi cerita Lagenda Budak Setan yang diadaptasi dari novel, erm…Lagenda Budak Setan? Mrs Teddy cakap cerita ni sedih, tapi banyak jalan cerita dia yang tak sama macam dalam novel.
Lagu Bila Cinta adalah OST yang dinyanyikan oleh Gio dalam filem tersebut. Dan terdapat juga lagu ini versi perempuan yang dinyanyikan oleh Filianti Vlee.
Tetapi kalau didengar dengan teliti, lagu Bila Cinta versi lelaki ni lagi menusuk kalbu. Gio sangat pandai menjiwai lagu ni dan menyampaikannya dengan penuh perasaan.
Jom kita layan dulu lagu ni. Kalau nak ikut nyanyi sekali pun boleh. Kami ada sediakan sekali lirik lagu Bila Cinta dalam di bawah.. ;)

Tinggal Ibu Lumpuh di Hotel Bajet

Jika anda mengikuti kami di Facebook Tentang Cinta, pada hari Jumaat yang lepas kami ada kongsikan sebuah video yang sangat menyayat hati. Kami percaya jika anda menontonnya pasti anda juga akan turut rasa sebak dan sedih melihat nasib ibu tua ini.
Dikatakan beliau ditinggalkan oleh anaknya sendirian di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur. Beliau hanya sedar dirinya ditinggalkan selepas mendapati anaknya tidak datang semula ke hotel tersebut selepas beberapa hari beliau menetap di situ.
Ditambah pula dirinya yang lumpuh, menyukarkan lagi ibu ini untuk bergerak di dalam bilik tersbeut. Tetapi nasibnya baik kerana kakitangan hotel sudi membantu dan menguruskan makan minum beliau semasa ketiadaan anaknya.

7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus

rahsia-perkahwinan
Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?
Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.
Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.
Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.