Sunday 17 June 2012

TENTANG CINTA



3 Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda

Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda? 
Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan, dan 
mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub 
magnet yang sentiasa menjauhkan lelaki dari anda?
Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya 
pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari 
apakah punca dan sebab kenapa 
ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel 
kami kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi.
Kurang keyakinan diri
Mungkin ya anda kata anda cantik, tetapi adakah 
anda yakin yang diri anda cantik? Bagaimana kalau 
ada seorang lelaki kutuk kata, “Macam ni cakap cantik? 
Muka banyak jerawat ada la! Dah la gemuk!”. 
Adakah anda akan tetap cakap diri anda cantik jugak?
Jika anda kata, “Ya!”, bagus! 
Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. 
Tetapi jika anda cakap “Tidak!”, 
sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata 
“Ya!” dan yakin cakap diri anda cantik.
Sesetengah lelaki saje nak test adakah anda ini 
yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda 
cepat mengalah dan cepat down, mereka lagi
 suka mentertawakan anda. Mereka lagi suka mengejek 
dan memalukan diri anda.
Tetapi jika anda yakin pada diri sendiri, berkata 
“Ya!” walaupun dikutuk, mereka akan rasa tergugat.
 Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda.
 “Aku dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? 
Giler ke ape?”
Argh..jangan peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin
 pada diri anda sendiri. Abaikan je segala lalat, dan langau 
yang cuba melemahkan keyakinan diri anda.

Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku

Artikel Islam Cinta ini telah dikongsikan oleh 
La Di Da di Forum Tentang Cinta.
Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika,
 kamu ditemukan dengan seseorang yang 
benar-benar satu kepala denganmu, sehingga 
kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi
 kamu harus merasakan penderitaan yang 
teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis 
sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia 
mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika 
‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak 
akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua 
beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu 
berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, 
bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap 
merindukannya walaupun hampir setiap hari kau 
tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha 
untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu 
dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun
 kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan 
oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu,
 kerana Dia teramat menyayangimu?

Bila Kekasih Lama Datang Kembali, Apa Pendapat Anda?

Dulu, anda pernah berkenalan rapat dengan seseorang.
 Dia seorang kekasih yang baik, caring, dan pandai mengambil hati anda.
Tetapi disebabkan si dia ingin sambung study di oversea, 
perhubungan anda berdua terhenti di situ.
 Masing-masing membawa haluan sendiri. Dengan harapan, 
jika ada jodoh anda berdua akan berjumpa lagi.
Malangnya… Anda jenis yang tidak boleh keseorangan. Anda perlukan teman.
Selepas beberapa bulan, anda berkenalan pula dengan kekasih anda yang sekarang ini. 
Dia pun ok. Baik hati, peramah, dan juga pandai menjaga hati anda. 
Anda rasa happy dengannya.

5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta

Anda sebenarnya boleh menjadi seorang Pakar Cinta. Semua orang! Tidak ada yang terkecuali. Malah anda juga boleh menggantikan kami di Tentang Cinta!
Apa yang penting, anda perlu memahami lima tips utama ini untuk menjadi seorang yang pakar dalam percintaan.
pakar-cinta
1. Banyakkan membaca
Anda perlu banyak membaca. Baca sebanyak mungkin buku, artikel atau ebook berkenaan perhubungan dan percintaan. Dapatkan segala ilmu-ilmu yang perlu anda tahu dalam bab bercinta ini.
2. Mendengar masalah
Daripada masalah orang, anda akan belajar masalah-masalah yang sering dihadapi orang lain. Daripada situ anda akan dapat memahami corak masalah yang berlaku dalam percintaan dan anda akan dapat selesaikannya daripada ilmu yang anda peroleh dari hasil pembacaan anda tadi.
3. Pelajari daripada orang lain
Anda juga boleh ikuti seminar-seminar dalam membentuk perhubungan atau percintaan yang sering diadakan di sekeliling anda. Atau pun anda boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan anda dalam menyelesaikan masalah mereka dalam percintaan. Forum Tentang Cintamerupakan platform mudah untuk anda pelajari daripada orang lain.

Cara Memakai Tudung Yang Betul

Setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi yang lelaki, auratnya adalah dari pusat sehingga ke paras lutut. Bagi yang perempuan pula, auratnya adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.
Rasulullah S.A.W bersaba,
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)
Selain memakai pakaian yang sesuai, tudung adalah wajib dipakai orang perempuan bagi menutup aurat di kepala dan tubuh badan mereka. Walaupun ramai perempuan yang bertudung, tetapi tidak ramai yang memakai tudung dengan cara yang betul.

Rahsia Tarikh Lahir

Peringatan: Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat anda, itu hanyalah kebetulan.
Sudah lama kami tidak berkongsikan dengan anda artikel mengenai Personaliti Cinta. Jadi kali ini, kami ingin berkongsikan mengenai satu topik yang menarik di mana anda akan mengetahui rahsia tarikh kelahiran anda.
Tetapi sebelum itu, kami ingin menjemput anda membaca artikel tentang Rahsia Bulan Kelahiran. Di mana dalam artikel tersebut kami ada kongsikan sifat-sifat seseorang hanya berdasarkan dari bulan kelahiran sahaja. Ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.
Ok, so tanpa membuang masa jom kita sama-sama ikuti apakah pula maksud Rahsia Tarikh Lahir ini.
Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir anda. Daripada nombor itu, anda akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan anda.

Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita

Bagi anda yang wanita yang masih belum bertemu jodoh, dan ingin mendapatkan jodoh yang baik, seorang lelaki yang beriman, dan berakhlak soleh, amalkan doa bertemu jodoh di bawah ini.
doa-bertemu-jodoh-untuk-wanita
Terjemahan Doa Bertemu Jodoh:
“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”
Mudah-mudahan doa yang dibaca ini akan dimakbulkan Allah s.w.t dan dipertemukan jodohnya untuk anda. Amin…
Doa Bertemu Jodoh ini dipetik dari laman web, Darussyifa’.

Gio – Bila Cinta

poster-lagenda-budak-setan
Siapa yang masih ingat lagi cerita Lagenda Budak Setan yang diadaptasi dari novel, erm…Lagenda Budak Setan? Mrs Teddy cakap cerita ni sedih, tapi banyak jalan cerita dia yang tak sama macam dalam novel.
Lagu Bila Cinta adalah OST yang dinyanyikan oleh Gio dalam filem tersebut. Dan terdapat juga lagu ini versi perempuan yang dinyanyikan oleh Filianti Vlee.
Tetapi kalau didengar dengan teliti, lagu Bila Cinta versi lelaki ni lagi menusuk kalbu. Gio sangat pandai menjiwai lagu ni dan menyampaikannya dengan penuh perasaan.
Jom kita layan dulu lagu ni. Kalau nak ikut nyanyi sekali pun boleh. Kami ada sediakan sekali lirik lagu Bila Cinta dalam di bawah.. ;)

Tinggal Ibu Lumpuh di Hotel Bajet

Jika anda mengikuti kami di Facebook Tentang Cinta, pada hari Jumaat yang lepas kami ada kongsikan sebuah video yang sangat menyayat hati. Kami percaya jika anda menontonnya pasti anda juga akan turut rasa sebak dan sedih melihat nasib ibu tua ini.
Dikatakan beliau ditinggalkan oleh anaknya sendirian di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur. Beliau hanya sedar dirinya ditinggalkan selepas mendapati anaknya tidak datang semula ke hotel tersebut selepas beberapa hari beliau menetap di situ.
Ditambah pula dirinya yang lumpuh, menyukarkan lagi ibu ini untuk bergerak di dalam bilik tersbeut. Tetapi nasibnya baik kerana kakitangan hotel sudi membantu dan menguruskan makan minum beliau semasa ketiadaan anaknya.

7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus

rahsia-perkahwinan
Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?
Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.
Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.
Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.

No comments:

Post a Comment